ASSAF MARKETING & TRADING adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera dan telah mula beroperasi pada 26hb Jun 2009. Matlamat syarikat adalah untuk memasarkan produk perawatan air berjenama IMTIYAAZ keseluruh negara. Produk syarikat adalah berkualiti tinggi, berteknologi Nano dan diiktiraf oleh SIRIM, SWA, NSF, FDA, Water Quality dan WRAS. Produk syarikat juga mempunyai Sijil Halal dan tidak dibuat dari sumber – sumber yang meragukan pengguna.
Konsep Perniagaan syarikat adalah berasaskan Muamalat Islam. Keuntungan dalam perniagaan syarikat adalah berdasarkan jualan secara ‘volume’ dan bukan margin keuntungan yang tinggi. Misi syarikat adalah setiap keluarga memiliki satu produk Imtiyaaz kerana produk ini berkualiti tinggi, berteknologi Nano, Halal, diiktiraf dan harga yang amat murah serta mampu dimiliki.
Sahabatsihat.blogspot dibangunkan sebagai platform bagi pengedar stokis Imtiyaaz untuk membina rangkaian promosi secara baik. Mereka yang melayari dan berminat untuk menjadi stokis bolehlah menghubungi nama-nama wakil jualan seperti di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan